suria

Azhar CEO Baru MRT Co

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Sime Darby Plantation, Datuk Azhar Abdul Hamid telah dilantik Ketua Pegawai Eksekutif MRT Co, syarikat kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Pelantikan itu diumumkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam satu kenyataan Isnin, Program Transformasi Ekonomi berkata Azhar, yang dijadual memulakan tugasnya pada minggu pertama bulan September, akan melaporkan diri kepada Najib sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

MRT Co akan menjadi pemilik projek dan aset kepada projek MY Rapid Transit Lembah Klang (KVMRT), berkuat kuasa 1 September.

Azhar mempunyai rekod cemerlang dalam memberikan hasil dan menguruskan operasi berskala besar, kata Najib.

Bahagian perladangan Sime Darby Bhd, yang di bawah kepimpinan dan pengawasan berhemat Azhar antara 2006 dan 2010, telah memperlihatkan hasil dan keuntungan yang baik.

Keuntungan operasi bahagian perladangan meningkat 23 peratus kepada RM2.1 bilion dalam tahun kewangan 2009/2010.

Najib menambah sebelum memuktamadkan keputusan itu, beliau meminta pendapat Datuk Seri Abu Kassim, Ketua Komisioner Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) dan Datuk Mohd Bakke Salleh, Presiden dan CEO Sime Darby Group.

"Kedua-duanya mengesahkan yang Azhar bebas daripada siasatan terhadap kerugian Darby Group ekoran penggunaan lebihan kos dalam operasi tenaga dan utilitnya tahun lepas," kata kenyataan itu memetik Najib sebagai berkata.

Projek MRT itu ialah satu-satunya projek infrastruktur terbesar Malaysia dan begitu kompleks dari segi teknikal dan kewangan. BERNAMA

Artikel Berikut

Azhar CEO Baru MRT Co

Artikel Lain