suria

Aliran Trafik Di Semua Jalan Di Ibu Kota Lancar

KUALA LUMPUR: Trafik di semua jalan di ibu kota bergerak amat lancar hari ini berbanding semalam, menurut polis.

Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Cawangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan (DSP) Ng Sook Long berkata lalu lintas pagi tadi bagaimanapun agak sesak berikutan pergerakan warga kota ke rumah terbuka Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara.

"Kesesakan lalu lintas berlaku kira-kira dua jam," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata kira-kira 20,000 rakyat berbilang kaum daripada pelbagai lapisan mengunjungi rumah terbuka itu yang bermula pada pukul 11.40 pagi hingga 1 tengah hari.

Beliau juga berkata jumlah kenderaan di sekitar ibu kota semakin berkurang sejak subuh tadi memandangkan ramai warga kota telah bergerak pulang ke kampung masing-masing. - BERNAMA

Artikel Berikut

Azhar CEO Baru MRT Co

Artikel Lain