suria

Kemalangan Kerap, Trafik Masih Terkawal

KUALA LUMPUR: Kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) menjelang lebaran semakin kerap berikutan penambahan kenderaan di lebuh raya itu.

Twitter Plus dalam laporannya melaporkan berlaku kemalangan di laluan arah selatan pada pukul 9.34 pagi iaitu di KM 160.2 dari Pagoh ke Tangkak dan di KM 70.3 dari Machap ke Simpang Renggam, Johor.

Dalam laporan itu, pada pukul 9.27 pagi berlaku kemalangan di persimpangan Subang dari arah Shah Alam dan di persimpangan Rawang Selatan dari arah Rawang ke Rawang Selatan, Selangor.

Namun tiada sebarang penutupan lorong dan trafik masih lagi terkawal.

Menurut petugas Pusat Kawalan Plus, meskipun kemalangan berlaku secara kerap, namun trafik di semua laluan arah utara dan selatan masih bergerak lancar.

Keadaan trafik ketika ini masih terkawal di laluan arah utara dan selatan, katanya ketika dihubungi Bernama. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain