suria

Hari Keenam Ops Sikap Catat 23 Korban Jalan Raya

KUALA LUMPUR: Hari keenam Ops Sikap ke-24 menyaksikan 23 lagi terbunuh dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara semalam.

Statistik Bukit Aman yang dipapar pada laman webnya menunjukkan penunggang motosikal kekal tertinggi dengan 18 kematian, diikuti empat pengguna kereta dan satu kematian membabitkan lain-lain kenderaan.

Statistik itu juga mencatatkan 1,229 kemalangan di seluruh negara dengan jalan bandaran mencatatkan angka tertinggi sebanyak 420 kes diikuti jalan persekutuan (392 kes), jalan negeri (213), lebuh raya (129) dan lain-lain jalan (75).

Sebanyak 9,094 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-24 yang dilancarkan sempena Aidilfitri pada Isnin lepas dan berakhir 6 September ini bertujuan menyemai sikap pemanduan berhemah dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut semasa musim perayaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain