PBT Ambil Alih Pengurusan Pembersihan Awam DI Selangor - Semasa | mStar

PBT Ambil Alih Pengurusan Pembersihan Awam DI Selangor

SHAH ALAM: Penduduk di Selangor yang ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan pembersihan awam di kawasan masing-masing kini perlu mengajukannya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Alam Flora Sdn Bhd yang sebelum ini mengendalikan perkhidmatan pembersihan awam, dalam satu kenyataan hari ini berkata perkhidmatan itu telah diambil alih sepenuhnya oleh PBT berkuat kuasa 1 Ogos.

Perkhidmatan tersebut mencakupi antara lain pembersihan longkang, menyapu jalan, pembersihan taman permainan, pemotongan rumput, kutipan sampah kebun, kutipan sampah pukal, pembersihan sampah haram dan pelupusan bangkai haiwan.

"Bagaimanapun perkhidmatan pengurusan sisa pepejal seperti kutipan sampah domestik di setiap rumah di Selangor masih lagi dikendalikan Alam Flora," kata kenyataan itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain