Ops Sikap: 24 Terbunuh Pada Hari Keempat - Semasa | mStar

Ops Sikap: 24 Terbunuh Pada Hari Keempat

KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam iaitu hari keempat Ops Sikap ke-24 dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Polis Bukit Aman dalam laman webnya hari ini, penunggang motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 14 kematian diikuti enam pengguna kereta, dua pejalan kaki dan masing-masing satu kematian membabitkan lori dan lain-lain kenderaan.

Daripada jumlah itu, 10 kes dicatat di jalan persekutuan manakala lebuh raya dan jalan bandaran masing-masing merekodkan tiga kematian diikuti dengan dua kematian masing-masing di jalan negeri dan lain-lain jalan.

Menurut kenyataan itu, 9,556 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi pada Jumaat.

Ops Sikap yang dilancarkan oleh Timbalan Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Isnin lepas bertujuan menyedarkan orang ramai mengenai pemanduan berhemah dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya pada musim perayaan.

Ops Sikap ke-24 akan berakhir 6 September ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemandu Bas Ekspres Kini Lebih Berhemah

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

TH cadang letak had dana pendeposit