suria

Trafik Di Sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan Masih Terkawal

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan masih terkawal manakala pergerakan trafik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Subang menuju ke Damansara bergerak perlahan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus memberitahu Bernama laluan masuk ke pusat bandar selepas tol Sungai Besi juga bergerak perlahan.

Secara keseluruhan trafik masih terkawal setakat pukul 12.30 tengah hari ini, katanya.

Beliau berkata Plus sentiasa bersedia dari semasa ke semasa bagi menyediakan lorong tol tambahan sebagai langkah mengelakkan kemungkinan kesesakan yang akan berlaku di plaza tol Plus sempena cuti Aidilfitri memandangkan hari ini merupakan hari terakhir sekolah sebelum bercuti selama seminggu sempena cuti penggal kedua.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya Plus menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik. - BERNAMA

Artikel Lain