Permohonan ADUN Sri Muda Ketepi Tuduhan Menghasut Ditolak - Semasa | mStar

Permohonan ADUN Sri Muda Ketepi Tuduhan Menghasut Ditolak

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat menolak permohonan Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Muda Shuhaimi Shafiei untuk mengenepikan pertuduhan ke atas beliau di bawah Akta Hasutan.

Hakim Noor Azian Shaari juga menolak permohonan Shuhaimi untuk mendapatkan perintah pengisytiharan daripada mahkamah bahawa Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 adalah tidak sah kerana tidak selari dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

Semasa membacakan keputusannya, beliau berkata pemohon sepatutnya memohon perintah deklarasi di Mahkamah Tinggi Sivil dan kalau berjaya memohon supaya pendakwaan jenayah yang dibuat ke atasnya di Mahkamah Sesyen ditolak.

Beliau berkata permohonan Shuhaimi tidak teratur dan boleh ditolak tanpa menimbangkan isu ultra vires tetapi isu ultra vires di antara Seksyen 4 Akta Hasutan dan Perlembagaan diambil kira juga.

Pemohon menyatakan Seksyen 4 Akta Hasutan tidak sah kerana tidak selari dengah Perkara 10 Perlembagaan tetapi harus diteliti sama ada seksyen itu menghalang hak bersuara rakyat Malaysia dan bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan, katanya.

Noor Azian berkata: "Pertama Akta Hasutan dibuat di bawah payung Perkara 10 (2) Perlembagaan, jadi ia teratur."

Pemohon juga berkata Seksyen 4 Akta Hasutan adalah tidak selari dengan Perlembagaan kerana ia mengandungi perkataan kecenderungan menghasut yang begitu luas.

Bagaimanapun, Noor Azian berkata ini tidak benar kerana Seksyen 3 Akta yang sama ada menyenaraikan apa yang dikatakan sebagai kecenderungan menghasut dan apa yang bukan.

"Adalah didapati tidak ada apa unsur 'unreasonable' atau tidak munasabah berkenaan Seksyen 4 Akta Hasutan. Di mana-mana pendakwaan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan bolehlah dihujahkan sama ada apa yang dilakukan oleh orang kena tuduh mempunyai seditious tendency or not," katanya.

Pihak pemohon hari ini diwakili oleh Edmond Bon manakala pihak responden diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin. Shuhaimi memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April lepas melalui Tetuan Kanesalingam & Co.

Pada 7 Februari lepas, Shuhaimi mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menerbitkan artikel bertajuk 'Pandangan saya berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959' yang dikatakan mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://srimuda.blogspot.com di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di sini, 30 Disember lepas.

Shuhaimi didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan di blognya yang dikatakan mempertikai keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha kerajaan Selangor yang baru. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?