suria

KDRM & PDRM Tubuh Pasukan Khas Tangani Kes Kereta Curi

KUALA LUMPUR: Satu pasukan khas untuk menangani kes kenderaan curi yang digunakan untuk penyeludupan dan dieksport keluar negara telah ditubuhkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

JKDM dalam satu kenyataan pada Khamis menegaskan, penubuhan pasukan itu diputuskan dalam satu mesyuarat antara JKDM dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah; Ketua Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman, ACP Abd Rahman Ibrahim dan Pengarah Pelesenan Kenderaan JPJ, Datuk Che Ab. Rahim Che Daud.

Pasukan tersebut yang akan dianggotai pegawai polis, JPJ serta JKDM juga dikehendaki melantik Pegawai Perhubungan masing-masing bagi perkongsian maklumat antara ketiga-tiga agensi dengan lebih teratur.

"Dengan adanya pasukan ini, diharap dapat meningkatkan lagi kerjasama antara ketiga-tiga agensi yang terlibat dan isu kereta curi diseludup ke luar negara atau digunakan untuk penyeludupan dapat diselesaikan dengan lebih efektif," menurut kenyataan itu.

Artikel Lain