Gadis Lari Ikut Teman Lelaki Nepal Ke Kathmandu - Semasa | mStar

Gadis Lari Ikut Teman Lelaki Nepal Ke Kathmandu

PADANG SERAI: Seorang gadis berusia 21 tahun dari Taman Kenangan, Sungai Karangan di sini bertindak lari dari rumah keluarganya untuk mengikut kekasihnya seorang lelaki Nepal pulang ke Kathmandu.

Gadis berkenaan Norshahira Mohd Rasul dipercayai keluar rumah sejak 22 Ogos lalu dengan alasan menemui seorang temannya di Sungai Petani.

Setelah gagal menjejak anaknya, bapa gadis berkenaan Mohd Rasul Kassim membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan sehari selepas itu.

Ketika ditemui di rumahnya di sini Jumaat, Mohd Rasul yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, berkata mereka amat risau kerana menurut maklumat daripada polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahira mengikut lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang, transit di Bangkok dan terus ke Kathmandu pada 23 Ogos lepas.

Mohd Rasul berkata sejak Aidilfitri tahun lalu setelah dia mengetahui Norshahira, yang pernah bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Kawasan Industri Padang Meha di sini, menjalin perhubungan dengan lelaki Nepal, juga pekerja di kilang yang sama, dia telah menasihat dan menghalang anaknya daripada meneruskan perhubungan itu.

Beliau juga mendapat maklumat daripada rakan sekerja lelaki Nepal yang dikenali sebagai Imthias Khan, 24, bahawa permit kerjanya telah tamat tempoh dan dia terpaksa pulang ke negaranya sebelum dapat menyambung semula permitnya untuk bekerja semula di negara ini.

Isteri Mohd Rasul, Siti Fatimah Jasin, 46, pula amat risau akan masalah kesihatan yang dideritai Norshahira, anak kedua daripada enam beradik, yang pernah menjalani pembedahan kecil akibat apendiksnya pecah beberapa tahun lalu.

Fatimah memohon sama ada Kelab Putera 1Malaysia atau Pergerakan Pemuda Umno membantu keluarganya mengatasi masalah yang dialami keluarganya itu kerana untuk menyelesaikannya sendiri mereka amat kesuntukan kewangan selain komunikasi. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain