suria

Media Cetak Masih Sumber Berita Utama - Tsu Koon

KUALA LUMPUR: Media cetak masih relevan dengan generasi lama walaupun pertumbuhan media alternatif, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata media cetak lebih cepat dan lebih menarik dalam aspek kandungannya.

"Kebanyakkan anda ke internet dan malahan sesetengah menulis bahannya serta merta selepas persidangan akhbar. Ini menjadikan dunia menjadi lebih kecil daripada sebelum ini menyebabkan kita perlu mempunyai nilai-nilai kuat untuk merapatkan kita," katanya pada Malam Penghargaan Media di sini, Rabu.

Turut hadir Ketua pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.

Koh juga memuji media kerana sokongan dan kerjasama berpanjangan mereka terhadap jabatannya.

"Cara hidup wartawan bukan senang sebab ada banyak isu, kejadian dan cerita yang perlu dikejar. Pemimpin politik juga sibuk mengendalikan banyak perkara dan kita tiada masa untuk bermesra seperti ini," kata beliau.

Koh berkata wartawan adalah individu yang istimewa kerana mereka boleh menulis hampir semuanya dan juga berhak untuk mengkritik. Pada majlis ini Koh juga memotong kek sempena hari lahir beliau yang ke-62 pada Jumaat ini. -BERNAMA

Artikel Lain