suria

Rumah Terbuka Najib Di Seri Perdana Hari Pertama Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli Jemaah Menteri akan mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya pertama di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana, Putrajaya.

Rumah Terbuka itu adalah dari tengah hari hingga 6 petang, menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Rabu.

Bagi memastikan kelancaran trafik di kawasan Seri Perdana, orang ramai diminta supaya menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma.

Sebanyak 12 buah bas akan beroperasi dari 11 pagi hingga 7.30 malam dari empat lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Park & Ride Presint 1, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, dengan kekerapan bas selang 15 minit setiap satu.

Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, akan juga mengadakan rumah terbuka di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, pada 18 Sept dari 10 pagi hingga 2 petang. - BERNAMA

Artikel Lain