suria

Penduduk Temui Bom Mortar Dalam Parit Depan Rumah

ALOR SETAR: Seorang pendawai elektrik pada Rabu menemui sebutir bom mortar lama dalam sebuah parit di hadapan rumahnya di Kampung Belakang Taman Maju, Alor Janggus di sini.

Mohd Azaini Kassim, 35, sedang mengorek parit itu bagi melancarkan aliran air apabila menemui bom itu.

Istei beliau, Umi Kalsum Awang Kechik, 27, berkata jiran mereka yang bertugas sebagai anggota tentera mengesahkan bom mortar itu sudah tidak aktif.

Mohd Azaini kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata bom mortar itu tidak berbahaya kerana ia digunakan untuk latihan sahaja.

Polis telah mengambil bom itu untuk dimusnahkan. - BERNAMA

Artikel Lain