NGO Islam Digesa Sedia Lebih Banyak Pusat Perlindungan Umat Islam - Semasa | mStar

NGO Islam Digesa Sedia Lebih Banyak Pusat Perlindungan Umat Islam

BAHAU: Lebih banyak pusat perlindungan untuk umat Islam diperlukan bagi membela mereka yang menghadapi masalah kesempitan hidup dan kewangan, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata sudah tiba masanya badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini membantu menyediakan lebih banyak pusat perlindungan untuk umat Islam bagi mengelakkan golongan bermasalah ini daripada dieksploitasi pusat perlindungan agama lain.

"Kita bimbang jika pusat perlindungan Kristian ini menerima mereka, ada kemungkinan mereka akan menukar akidah untuk menjadi murtad.

"Jadi, dengan terdapatnya banyak pusat perlindungan untuk umat Islam ini maka kita boleh mengatasi masalah orang Islam yang tiada mempunyai tempat perlindungan apabila berdepan dengan pelbagai masalah," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim serta pelancaran program lambaian Kaabah anjuran Biro Ekonomi Umno Bahagian Jempol di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol dekat sini malam Selasa.

Mohd Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak terlepas pandang kes-kes sedemikian selain mengurangkan birokrasi dan pada masa sama mempertingkatkan kemampuan untuk membantu golongan tidak bernasib baik ini.

Beliau turut berharap institusi kerajaan sedia ada seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan pihak berkuasa Islam negeri memperkemaskan pentadbiran mereka daripada segi dakwah.

Katanya ini untuk memastikan kegiatan gejala murtad dipantau dan bagaimana akidah mereka yang dimurtadkan dapat dipulihkan semula, di samping melihat keperluan mengadakan Akta Murtad.

"Akta ini memang relevan supaya perkara ini lebih jelas... supaya tidak ada pihak yang menafikan apa yang terdapat dalam perlembagaan negara di mana yang bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada Islam dan kita tidak mahu gejala murtad ini semakin berleluasa," katanya.

Pada majlis itu seramai 1,000 orang anak yatim di Parlimen Jempol membuka akaun dengan Tabung Haji. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain