suria

Maxis Labur RM12 Juta Hingga RM15 Juta Bagi Biasiswa

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd (Maxis), sebuah penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka, berkata pada Selasa ia telah melabur RM12 juta hingga RM15 juta tahun ini bagi Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis untuk mengasah bakat di kalangan generasi mudah Malaysia.

Bercakap pada upacara penyampaian anugerah itu di sini Selasa, pengerusinya, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, berkata 63 pelajar telah diberikan anugerah itu untuk mengikuti pengajian lepasan ijazah dan peringkat siswa, di dalam dan luar negara. Seramai 58 pelajar dianugerahkan biasiswa yang serupa pada 2010.

"Sejak program lepasan ijazah diperkenalkan pada 2005 dan program peringkat siswa pada 2008, kami telah melabur hampir RM31 juta dalam program bagi 27 lepasan ijazah dan 133 pelajar Malaysia yang mengikuti kursus peringkat siswa, termasuk pengambilan semasa," jelasnya.

Di bawah anugerah ini, pelajar-pelajar yang mengikuti program peringkat siswa di luar negara akan layak menerima biasiswa bernilai kira-kira RM500,000 to RM600,000 seorang.

Bagi peringkat siswa, mereka yang mendaftar di universiti tempatan dan asing layak mendapat kira-kira RM400,000 dan RM10,000 seorang.

Lebih 2,000 memohon untuk mendapatkan biasiswa iu bagi pengambilan Ogos 2011 dan mereka ini menjalani proses pemilihan yang ketat oleh satu panel hakim.

Anugerah biasiswa pada Selasa juga menyaksikan kehadiran Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa, yang menekankan pentingnya sektor swasta membantu kerajaan membangunan modal insan bagi negara ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain