suria

Lelaki Mati Ditembak Depan Restoran

IPOH: Seorang lelaki mati selepas ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah restoran di Simpang, Taiping, 95 km dari sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, R.Tamil Vanan, 26, dari Taman Pengkalan Maju, Taman Kaya, Simpang, Taiping, yang mengalami cedera parah di badan mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Taiping.

Kejadian berlaku pada 6.50 petang semalam ketika mangsa berada di hadapan restoran berkenaan telah dihampiri oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.

Dzuraidi berkata bahawa ketika kejadian beberapa pelanggan restoran bertempiran lari menyelamatkan diri.

Katanya Tamil Vanan pernah dikenakan tindakan Perintah Sekatan di Shah Alam selama dua tahun.

"Motif pembunuhan belum dapat dipastikan tetapi dipercayai ada kaitan dengan kes pengedaran dadah," kata Dzuraidi.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Taiping menerusi telefon 05-8291222. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain