suria

ERL Tawar Pakej Istimewa Sempena Raya

KUALA LUMPUR: Express Rail Link (ERL) menawarkan pakej "Group Saver" dan "Family Packages" untuk keluarga dan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres, mulai esok hingga 31 Oktober ini.

Menurut ERL, pelanggan boleh membeli tiket dalam talian mulai esok sehingga 18 September, melalui www.KLIAekspres.com dan www.malaysiaairlines.com.

"Family Package hanya RM75 sehala untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak (12 tahun ke bawah), diskaun 25 peratus daripada tambang biasa.

"Pelanggan berkumpulan seramai tiga atau lebih orang dewasa boleh menikmati penjimatan yang lebih lagi dengan tambang Group Saver sebanyak RM25 seorang sehala," jelas kenyataan itu lagi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain