suria

PM Buka Puasa Bersama Mufti & Tokoh Agama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini berbuka puasa bersama ulama dan mufti-mufti negeri di Seri Perdana di sini.

Turut dijemput ialah wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dakwah, pejabat penasihat agama, persatuan imam dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim juga hadir.

Lain-lain kenamaan yang hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Tan Sri Dr Shukor Hussin.

Lebih 1,000 orang hadir pada majlis itu yang turut meraikan wakil media yang berpejabat di Putrajaya.

Najib dan anak perempuannya, Nooryana Najwa kemudian memberi sumbangan kepada 50 anak yatim dari asrama Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.

Artikel Sebelum

Zuraida Tak Gentar Saman KDN

Artikel Berikut

Artikel Lain