suria

Cemburu Motif Anak Saudara Penyanyi Ramziela Dicurah Asid

PETALING JAYA: Cemburu adalah motif di sebalik serangan asid ke atas Mohd Raffie Abdul Latiff awal bulan ini, demikian menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Kata Khalid, hasil siasatan polis mendapati seorang lelaki yang ditahan Sabtu lalu cemburu akan hubungan Mohd Raffie dengan teman wanitanya.

“Isu simbahan asid ke atas mangsa bermotifkan cemburu. Dalam siasatan kita, kita dapati, kebanyakkan kes yang melibatkan serangan asid adalah bermotifkan sesuatu," ujarnya sambil menambah, suspek juga adalah kenalan mangsa.

Khalid berkata demikian kepada para pemberita selepas melancarkan Ops Sikap yang ke-24 sempena Hari Raya Aidil Fitri di Sri Pentas, TV3, Bandar Utama, Isnin.

Mohd Raffie, 28, yang juga merupakan anak saudara kepada penyanyi era 80-an, Datin Ramziela Radzillah, mengalami cedera parah pada wajah apabila seorang lelaki mencurah sejenis asid ke wajahnya berhampiran pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman awal bulan ini.

Artikel Sebelum

Zuraida Tak Gentar Saman KDN

Artikel Berikut

Artikel Lain