suria

Wanita Maut Ketika Melintas Di Jambatan Pulau Pinang

GEORGETOWN: Seorang wanita berusia 37 tahun maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas di susur keluar Jambatan Pulau Pinang menghala ke Butterworth dekat sini malam Sabtu.

Jurucakap Polis Trafik Seberang Perai Tengah berkata mangsa, yang dikenali sebagai S. Sasikala, dipercayai keluar daripada kenderaannya di susur keluar jambatan itu dan menuju ke pintu Tol Jambatan Pulau Pinang untuk bertemu saudaranya yang berada dalam sebuah kereta.

Bagaimanapun ketika melintas jalan, dia dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju.

"Pada kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa dari Seberang Prai maut ditempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan tangan kanannya hampir putus," kata jurucakap polis itu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat manakala pemandu kenderaan terbabit ditahan polis untuk siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain