suria

Polis Tahan Lima Lelaki Warga Myanmar Susulan Kematian Rakan Senegara

IPOH: Polis menahan lima lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh membabitkan rakan senegara yang ditemui mati berlumuran darah di Jalan Tanah Merah, Pantai Remis, 120 km dari sini Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata mayat Zaw Naing Oo, 33, bekerja sebagai nelayan ditemui terbaring di atas jalan dengan kesan kecederaan parah di kepala pada 7.15 petang semalam.

Polis kemudian menghantar mayat mangsa ke Hospital Manjung untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi, Ahad.

Dzuraidi berkata polis turut menemui sebilah pisau yang digenggam di tangan mangsa.

Berikutan kejadian itu, polis kemudian menahan lima lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang juga warga Myanmar sejam selepas kejadian bagi membantu siasatan.

Mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain