suria

PGM Langkawi Rampas Mercun, Bunga Api

LANGKAWI: Pasukan Gerakan Marin Wilayah Satu Langkawi menahan seorang lelaki berumur 55 tahun serta merampas mercun dan bunga api bernilai RM1,000 di sebuah rumah di Kampung Gelam, Kedawang di sini awal pagi Ahad.

Pegawai Memerintah PGM Langkawi ASP Rodzi Abu Hassan berkata hasil maklumat orang ramai pasukan diketuai Insp Anuar Che Ismail bersama lima anggota ke rumah berkenaan pada 2.30 pagi.

"Setelah pemeriksaan dibuat polis menjumpai bunga api dan mercun yang disimpan dalam kotak," katanya di sini Ahad.

Katanya, semua bahan itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain