suria

Bayi Maut Tercampak Keluar Dari Kereta

SEREMBAN: Seorang bayi lelaki maut setelah tercampak keluar dari kereta dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di KM252.8, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang dekat sini, Sabtu.

Jurucakap polis berkata kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 3 petang semasa hujan lebat ketika kedua-dua buah kereta terbabit sedang menuju arah utara.

Difahamkan kedua-dua buah kereta itu hilang kawalan lalu terbabas di tepi lebuh raya berkenaan.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.

Jurucakap itu berkata bapa, dan ibu bayi itu serta seorang lagi anggota keluarganya bagaimanapun terselamat.

Setakat ini, identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.

Pemandu sebuah lagi kereta turut terselamat.

Dua buah jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba Senawang dan Rembau tiba ke tempat kejadian untuk kerja-kerja menyelamat mangsa yang tersepit di bawah kereta. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain