Polis Siasat Kumpulan Haram Cuba Peras Peniaga Di Miri - Semasa | mStar

Polis Siasat Kumpulan Haram Cuba Peras Peniaga Di Miri

MIRI: Polis sedang menyiasat dakwaan tentang kewujudan kumpulan haram di bandar raya ini yang cuba memonopoli perniagaan dengan mengugut peniaga supaya membeli barangan daripada mereka.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Jamaludin Ibrahim berkata perkara ini terbongkar berikutan tertangkapnya sembilan lelaki minggu lepas yang disyaki memeras pengusaha premis pusat hiburan untuk membeli bekalan minuman keras daripada mereka.

"Kita sedang menyiasat sama ada mereka juga terbabit cuba mengawal bekalan barangan lain di pasaran di sini," katanya ketika ditemui pada Program Polis Bersama Pelanggan di sebuah pusat komersial di Bandar Baru Permaijaya di sini.

Menurutnya beberapa orang daripada individu yang diberkas itu mempunyai rekod jenayah lampau dan dipercayai merupakan anggota kumpulan haram.

"Jika kita mempunyai bukti yang mencukupi, mereka akan didakwa di mahkamah. Sebaliknya jika tidak cukup bukti, kita akan mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk penahanan lanjut di bawah Ordinan Darurat," katanya.

Jamaludin berkata peniaga yang telah didatangi oleh individu atau kumpulan tertentu yang cuba melakukan pemerasan diminta membuat laporan polis.

"Berilah sepenuh keyakinan kepada polis untuk menyelesaikan masalah ini kerana kita akan merahsiakan identiti mereka yang melaporkan kegiatan ini sehinggalah mereka yang bertanggungjawab dibawa ke mahkamah," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain