Polis Selangor Tumpas Gang Pecah Gudang Dan Curi Telefon Bimbit Bernilai RM2.3 Juta

SEPANG: Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket pecah gudang di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang melarikan 2,100 unit telefon bimbit Blackberry, bernilai RM2.3 juta, Jumaat.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata lima lelaki rakyat tempatan berumur antara 30 dan 52 tahun ditahan sehingga hari ini untuk siasatan lanjut.

Hasil daripada tangkapan itu, katanya, polis merampas 1,470 unit telefon bimbit Blackberry model 9780, bernilai RM1.7 juta dan terus mencari 630 unit lagi yang belum ditemui.

Beliau berkata pada 10.20 pagi semalam, polis yang menerima laporan pintu bahagian dalam gudang itu telah dipecahkan, terus membentuk sebuah pasukan khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang yang dianggotai 12 pegawai dengan diketuai oleh Asisten Supritendan Zaihairul Idrus.

"Dalam masa lebih kurang dua jam, polis berjaya menangkap tiga lelaki tempatan berumur 30-an di kawasan kargo," katanya pada sidang media yang diadakan di IPD Sepang, Sabtu.

Tun Hisan berkata ketiga-tiga lelaki itu bekerja di bahagian logistik kargo sejak tiga hingga lima tahun lepas dan akan didakwa mengikut Seksyen 454 Kanun Keseksaan (Pecah Rumah).

Katanya hasil maklumat lanjut, pasukan itu menyerbu sebuah gudang barang-barang lusuh di Batu 12 Jalan Puchong, Serdang dan merampas 1,470 unit telefon yang merupakan barangan curi serta menahan pemilik gudang serta seorang pekerjanya.

Tun Hisan berkata telefon bimbit tersebut tiba di kargo KLIA pada 17 Ogos dari Hungary.

"Selepas pengesahan daripada pihak kastam, telefon-telefon tersebut akan dihantar ke sebuah syarikat di Petaling Jaya. Saya juga memberi amaran keras kepada pemilik barangan lusuh supaya jangan membeli barangan curi. Kita akan ambil tindakan tegas untuk membatalkan lesen," katanya lagi.

Sementara itu, Tun Hisan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes pembunuhan seorang warga Indonesia di sebuah rumah di Kampung Abu Bakar Baginda Sepang supaya menghubungi polis.

Mangsa yang merupakan buruh kontrak, ditemui mati akibat ditetak di bahagian leher pada jam 8.30 malam, 10 Ogos.

Katanya polis mencari lelaki warga Indonesia bernama Saiful Alam Marsali, berumur dalam lingkungan 36 tahun, untuk membantu siasatan kes pembunuhan itu. - BERNAMA

Klik

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain