suria

Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia Ke Somalia Pada 28 Ogos

SHAH ALAM: Kelab Putera 1Malaysia akan ke Somalia pada 28 Ogos ini bagi menyampaikan sumbangan kepada rakyat Somalia yang kini menghadapi bencana kemarau dan kebuluran, kata Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata misi kemanusiaan itu yang turut disertai Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) dan Kumpulan Media Prima akan berada di negara itu selama 10 hari sebelum kembali ke tanah air pada 8 September.

Beliau ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Kelab Putera 1Malaysia bersama UFM Radio (Stesen Radio Universiti Teknologi MARA) dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, yang turut meraikan 110 anak yatim dari tiga buah rumah anak yatim di Selangor.

Abdul Azeez berkata misi itu juga disertai oleh 40 orang doktor pakar bagi merawat pesakit taun di sana.

Beliau berkata orang ramai yang ingin menyumbangkan barangan boleh berhubung dengan Kelab Putera 1Malaysia manakala sumbangan wang boleh disalurkan ke Tabung Bencana NSTP-Media Prima. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain