suria

Edar Dadah: Mekanik Dihukum Gantung

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang mekanik selepas didapati bersalah mengedar dadah enam tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas mendapati Amran Senin, 35, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, katanya, pembelaan tertuduh hanya penafian semata-mata tanpa disokong oleh mana-mana saksi serta mustahil tertuduh tidak mengetahui ada bungkusan dadah jenis kanabis dalam keretanya kerana bahan itu mempunyai bau yang kuat.

Amran didakwa mengedar kanabis seberat 2.741 kilogram di kawasan tempat letak kereta Restoran Nelayan Titiwangsa, di sini, kira-kira 8.30 malam, 14 Mac 2005.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib manakala Amran diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan memanggil lapan saksi manakala ketika membela diri, hanya Amran yang memberi keterangan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain