suria

Duta Asing Diberi Taklimat Mengenai Sistem Pilihan Raya Malaysia

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar pada Khamis menyampaikan taklimat di Putrajaya kepada perwakilan asing di negara ini mengenai sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia.

Taklimat yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)disampaikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata selain menerangkan tentang latar belakang dan fungsi SPR, Abdul Aziz turut menjelaskan tentang isu semasa termasuk desakan yang dibuat oleh Bersih 2.0 dan pengumuman tentang penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya.

Lebih daripada 60 diplomat menghadiri sesi taklimat tersebut yang disusuli dengan sesi soal-jawab bagi para diplomat bertukar-tukar pandangan mengenai sistem pilihan raya di Malaysia dengan Abdul Aziz, kata beliau. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain