suria

Cuba Sogok Polis: Dua Warga Singapura Ditahan

REMBAU: Dua warga Singapura adalah antara tiga pemandu kenderaan yang ditahan kerana cuba menyogok polis yang menjalankan operasi had laju di Km 224 Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, Jumaat.

Pegawai Turus Trafik Bukit Aman Supt Hamzah Ahmad berkata ketiga-tiga lelaki berusia antara 34 dan 45 tahun itu cuba memberi rasuah antara RM30 hingga RM50 kepada anggota polis yang menahan mereka kerana memandu melebihi had laju.

"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau untuk diambil keterangan sebelum dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Seremban untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata sepanjang operasi dua jam bermula 9 pagi itu, pihaknya mengeluarkan 40 saman atas pelbagai kesalahan seperti memandu melebihi had laju, nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut peraturan, lesen memandu tamat tempoh dan cukai jalan tamat tempoh. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain