suria

Tony Fernandes Pemilik Baru QPR

LONDON: Jutawan penerbangan Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes melengkapkan pengambilalihan kelab bola sepak Liga Perdana England, Queens Park Rangers (QPR) di sini.

Fernandes, pemilik penerbangan bajet AirAsia, memuktamadkan pembelian itu selepas beroleh 66 peratus kepentingan dalam pasukan London Barat yang baru dinaikkan bahagian itu daripada pemilik saham terdahulu, Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore.

Dalam satu kenyataan, Fernandes, 47, yang juga pemimpin pasukan Formula Satu Team Lotus, akan bekerja di samping keluarga Mittal yang mengekalkan 33 peratus kepentingan dalam kelab itu.

Fernandes yang menganggapnya seorang peminat West Ham pada Twitternya berkata, dia sejak sekian lama memegang satu ‘tempat lembut’ bagi QPR yang digelarnya sebagai sebuah ‘berlian mentah’. - AFP

Artikel Lain