Ramai Miliki Ejaan Nama Sama Dalam Daftar Pemilih - SPR - Semasa | mStar

Ramai Miliki Ejaan Nama Sama Dalam Daftar Pemilih - SPR

KUALA LUMPUR: Terdapat 825 individu memiliki ejaan nama yang sama dengan Azhar Ahmad, hasil semakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa menyiasat dakwaan Pemuda PAS wujudnya penyelewengan melibatkan nama lelaki itu.

Selain Azhar, Besah Mat turut memiliki ejaan nama yang sama dengan 14 orang lain manakala Mansor Ahmad memiliki ejaan nama sama dengan 229 orang.

Bagaimanapun, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria menafikan dakwaan penyelewengan kerana mereka semua memiliki nombor kad pengenalan berbeza meskipun ejaan nama sama.

Penjelasan itu dibuat SPR untuk menafikan dakwaan Pemuda PAS melalui Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasinya Suhaizan Kalat yang kononnya curiga terhadap tiga individu itu dari kawasan utara tanah air yang memiliki ejaan nama sama, dengan nombor kad pengenalan hanya berbeza di dua digit terakhir didaftarkan di dua tempat berbeza dalam Daftar Pemilih SPR.

Selain dakwaan itu, Suhaizan melalui sebuah akhbar tempatan turut mendakwa ketiga-tiga individu terbabit masing-masing mempunyai dua kad pengenalan dan boleh mengundi dua kali dalam satu pilihan raya.

Kamaruddin berkata SPR melakukan semakan menggunakan Agency Link-Up System (ALIS) Jabatan Pendaftaran Negara daripada 12.3 juta pengundi dalam negara untuk menyiasat dakwaan itu.

"Dalam urusan pendaftaran pemilih, pengenalan diri pengundi direkodkan berdasarkan kepada nombor kad pengenalan dan bukannya nama kerana sekiranya nama digunakan, ia tidak membolehkan SPR membezakan pengundi kerana ramai individu yang ejaan nama mereka adalah sama," katanya.

Justeru, Kamaruddin meminta Suhaizan dan pihak lain supaya tidak membuat tuduhan sewenang-wenangnya tanpa bukti kukuh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain