suria

Pelajar Cedera Main Mercun Di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar hampir putus tiga jari kanan setelah bermain mercun malam Selasa.

Mohd Shafiq Zuhairi Zainuddin, 13, turut melecur di leher dan dada.

Dia bermain mercun bola di perkarangan Masjid Seberang Takir bersama lima lagi rakannya kira-kira 9 malam.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang melawat pelajar berkenaan di hospital berang dengan peniaga yang masih menjual mercun dan bunga api.

"Peniaga mercun seperti peniaga dadah yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan akibatnya kepada orang lain," katanya kepada pemberita.

Beliau mahu pemantauan yang lebih kerap dilakukan bagi mencegah dan menghentikan penjualan mercun dan bunga api. - BERNAMA

Artikel Lain