suria

Kedai Komputer Dipecah Masuk, Pemilik Rugi RM180,000

BESUT: Sebuah kedai menjual kompter di Jalan Tuan Hitam, Jerteh di sini dipecah masuk awal pagi tadi dan 60 unit komputer riba bernilai RM180,000 dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata jenayah antara pukul 5.45 petang semalam hingga 8.50 pagi tadi, dipercayai telah dilakukan oleh lebih dari seorang.

Katanya, siasatan awal mendapati penjenayah telah memasuki kedai sederet dua tingkat itu melalui siling tingkat.

Menurutnya, kejadian itu disedari pemilik kedai yang berumur 40 tahun ketika membuka kedai untuk memulakan perniagaan pukul 8.50 pagi.

"Pemilik kedai berkenaan terkejut apabila mendapati keadaan dalam kedai berkenaan berselerak manakala pelbagai jenis kompter riba yang diletakkan di dalam almari dan di atas meja kerani telah dilarikan," katanya dalam satu sidang akhbar di sini. Menurutnya, polis juga mendapati terdapat kesan umpilan di pintu masuk kedai berkenaan dan suis kamera litar tertutup dalam kedai juga didapati telah ditutup oleh penjenayah. - BERNAMA

Artikel Lain