Empat Pelajar Cedera Parah Dalam Pergaduhan Di Luar Perkarangan Sekolah - Semasa | mStar

Empat Pelajar Cedera Parah Dalam Pergaduhan Di Luar Perkarangan Sekolah

KUALA LUMPUR: Empat pelajar sebuah sekolah menengah di sini cedera parah dalam satu pergaduhan di luar pekarangan sekolah mereka petang Selasa.

Mereka mendakwa diserang lebih 30 pelajar yang bersenjatakan besi, cota dan topi keledar, dipercayai dari dua sekolah lain, di luar pintu sekolah pada kira-kira pukul 1.15 petang, semasa hendak pulang.

Seorang pelajar dikatakan mengalami kecederaan parah di kepala, manakala seorang lagi retak di tangan kanan dan dua lagi cedera di beberapa bahagian anggota badan.

Salah seorang pelajar yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini Mohd Amirul Aiman Mohd Marzukhi, 17, berkata beliau diserang semasa cuba meleraikan pergaduhan dan semasa cuba membantu seorang rakannya yang dipukul.

"Mereka datang dan serang kami secara tiba-tiba. Saya cuba selamatkan rakan tapi dipukul di bahagian kepala," katanya.

Sementara itu bapa kepada salah seorang dari pelajar yang tercedera, Datuk Mohd Abdullah Mohidin berkata anaknya Mohamed Syahiran Syaza, 17, mengalami pendarahan di belakang kepala dan mendapat tiga jahitan.

"Saya amat terkejut dengan kejadian ini dan tidak menyangka pelajar sekolah sanggup bertindak sedemikian," kata beliau yang turut ditemui di HKL.

Syahiran pula berkata beliau dan rakan-rakanya tidak tahu motif sebenar kejadian dan menurutnya sebelum ini tidak pernah wujud sebarang pergaduhan atau perselisihan faham dengan pelajar terbabit.

Difahamkan seorang suspek ditahan bagi membantu siasatan, dan polis sedang berusaha mengesan lain-lain pelajar yang terlibat.

Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain