suria

Pertemuan PAS-DUMC Tangguh

KUALA LUMPUR: Pertemuan antara PAS dan pihak Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) yang dijadual diadakan pada petang Selasa ditangguhkan.

Penangguhan berkenaan disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Bagaimanapun tegasnya, pertemuan berkenaan akan tetap diadakan namun tarikh dan masanya akan dimaklumkan kemudian.

"Kita bukan batal (pertemuan), tapi hanya tangguh atas sebab-sebab tertentu," katanya di sini.

Pada Isnin, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar turut memaklumkan bahawa pertemuan antara parti itu dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut ditangguhkan atas nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memastikan maklumat siasatan tidak bocor.

PAS sebelum ini memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan DUMC dan JAIS bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung tindakan JAIS melakukan pemeriksaan terhadap gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu.

Artikel Lain