UPP Rampas Petrol, Diesel Di Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah merampas 1,400 liter minyak diesel serta 6,400 minyak petrol bernilai RM13,000 dalam satu operasi di tiga lokasi berbeza di sini Ahad.

Komander UPP Kedah Mohd Jasri Othman berkata dalam operasi sejak pukul 2.30 pagi semalam, dua warga tempatan berusia antara 30 dan 40-an ditahan, manakala dua pikap Thailand, sebuah Van dan sebuah kereta Proton Saga disita, masing-masing mempunyai tangki tambahan.

Bagi kes pertama UPP menahan sebuah van yang dipandu warga tempatan di kilometer 48 Lebuhraya Changlun-Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 2.30 petang Ahad ketika membawa muatan diesel dipercayai cuba diseludup sebanyak 1,400 liter.

"Lelaki itu dipercayai membawa diesel tersebut untuk dihantar ke satu tempat menyimpan minyak yang tidak diketahui tempatnya sebelum dijual kepada penyeludup dari negara jiran.

"Tangkapan kedua dilakukan hasil intipan pasukan risikan UPP di Tapak Bazar Ramadan Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 12.20 tengah malam semalam (Ahad) dan menyita dua pikap warga Thailand masing-masing dengan muatan 3,000 liter petrol," katanya kepada pemberita di pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini Ahad.

Mohd Jasri berkata bagi kes itu tiada tangkapan dibuat.

Katanya tangkapan ketiga dilakukan kira-kira pukul 11.40 pagi semalam di Kilometer 4 Lebuhraya Changlun-Bukit Kayu Hitam ketika suspek melakukan urusan menghantar petrol itu kepada pembeli yang berada di pintu sempadan.

Hasil pemeriksaan mendapati dalam kereta jenis proton Saga itu terdapat tangki tambahan pada bahagian tempat menyimpan barang dan tempat duduk belakang yang telah diubahsuai bagi membawa 400 liter pertol, katanya.

Kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda sehingga RM100,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut Mohd Jasri sejak Januari hingga Julai tahun ini pihaknya mematahkan lebih 20 cubaan menyeludup petrol dan diesel ke negara jiran melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artis sedih kena potong duit

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain