suria

PM Sedih Atas Kekalahan Chong Wei

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedihnya terhadap kekalahan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei di tangan musuh ketat dari China, Lin Dan, pada Kejohanan Dunia di London malam Ahad.

Dalam Facebook yang dikemaskinikan, Najib berkata perlawanan akhir itu mungkin menjadi pencapaian paling besar Chong Wei selepas menjadi pemain kedua negara layak ke final.

"Sudah dekat tetapi semakin jauh. Saya amat sedih kerana Chong Wei kalah. Ia mungkin menjadi pencapaian paling besar," kata Najib.

Chong Wei kalah 22-20, 14-21 dan 21-23 dalam saingan selama sejam 22 minit.

Wong Choong Han menjadi pemain pertama negara layak ke final pada 2003. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain