suria

PAS Persoal Siapa Mismah Hingga Perlu Diberi Status Kerakyatan

KUALA LUMPUR: Selepas gagal membuktikan seorang warganegara dikenali sebagai Mismah, 47, mendapat taraf kerakyatan melalui 'pintu belakang', pembangkang kini beralih kepada isu mempersoalkan kelayakannya diberi status berkenaan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan tidak seharusnya memberi taraf warganegara kepada Mismah kerana wanita berkenaan tidak mempunyai keistimewaan tertentu untuk diberi status kerakyatan.

"Apa kelayakan dia untuk diberi status kerakyatan? Apa kepakaran yang dia ada yang boleh membantu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kita?

"Status kerakyatan tidak semestinya diberi kepada seseorang yang tinggal dalam negara ini untuk satu tempoh yang lama," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Mismah yang sudah berada di Malaysia selama 29 tahun menjadi isu kontroversi apabila pembangkang mendakwa status kerakyatan ibu kepada empat anak itu bertukar daripada kad pengenalan merah (penduduk tetap) kepada biru (warganegara) dalam tempoh empat jam sahaja.

Bagaimanapun minggu lalu beliau menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya menunjukkan bukti bahawa permohonannya untuk menjadi warganegara telah diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 31 Januari lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain