suria

PAS Jelas Pendirian Berkaitan Isu Murtad

KUALA TERENGGANU: PAS tidak akan berkompromi sama sekali dengan mana-mana pihak dalam soal akidah umat Islam di negara ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti itu tidak akan bertolak ansur atau melindungi sesiapapun yang berusaha untuk memurtadkan orang Islam.

"Ini kerana ia bukan sahaja bercanggah dengan prinsip Islam, malah dalam Perlembagaan Malaysia pun tak mengizinkan," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Mustafa meminta pemimpin dan anggota Pas supaya tidak terjebak dengan isu tindakan pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor yang mengadakan pemeriksaan di Gereja Methodist Petaling Jaya di Selangor pada 3 Ogos lepas yang menganjurkan satu majlis jamuan untuk sekumpulan orang Islam. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain