suria

Remaja Perempuan Nyaris Jadi Hamba Seks

BESUT: Seorang remaja berusia 15 tahun yang membeli-belah dilarikan oleh tiga pemuda dan salah seorang daripada memujuk mangsa supaya berkahwin dengannya.

Bagaimanapun, tindakan pantas bapa mangsa, 36, melaporkan kepada polis kejadian anak gadisnya diculik berjaya menyelamatkan anaknya itu daripada menjadi mangsa culik, lima jam kemudian.

Polis percaya penculik tersebut ingin menjadikan mangsa sebagai hamba seks.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 malam Jumaat itu, remaja terbabit sedang membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit di Kuala Besut di sini.

Kemudian, dia ditarik ke dalam sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak yang juga dinaiki dua lelaki lain. Salah seorangnya ialah remaja lelaki berusia 17 tahun.

Bapanya yang menunggu di motosikal berhampiran segera cuba membantu anak gadisnya tetapi gagal. Dia cuba mengejar dengan menunggang motosikalnya tetapi tidak berjaya mengekori kereta penculik tersebut.

Dia kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Kuala Besut.

Susulan itu, polis melancarkan operasi dan berjaya mengesan lokasi penculik tersebut di sebuah rumah di Kampung Manok, Pasir Putih di Kelantan kira-kira 2.30 pagi Sabtu.

Mangsa berkata, semasa diculik selama lima jam itu, salah seorang penculik melamarnya.

"Saya kenal salah seorang daripada mereka. Malah dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan menghubunginya beberapa hari sebelum insiden tersebut. Dia ialah individu yang melamar saya," katanya sambil menambah dia tidak faham kenapa lelaki-lelaki tersebut begitu terdesak untuk menculiknya.

"Saya terdengar perbualan mereka bahawa mereka akan melakukan sesuatu yang tak baik keatas dirinya. Saya sayang bersyukur tiada apa-apa perkara tidak diingini berlaku," katanya yang berterima kasih kepada polis kerana menyelamatkannya.

Dia berkata, dia menyembunyikan diri di sebuah rumah terbiar selepas berjaya melarikan diri daripada penculik-penculik tersebut di Pasir Puteh.

Tambahnya, dia sangat bertuah kerana penculik tersebut terlupa mengambil telefon bimbitnya.

"Saya kemudiannya menghubungi polis. Saya cuba melupakan insiden ini," katanya.

Ayahnya mengesyaki lelaki terbabit sudah membuat perancangan rapi menculik mangsa kerana melihat kereta penculik tersebut berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan mereka sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, polis berjaya memberkas dua lelaki berumur 25 tahun dan 17 tahun.

"Mangsa tidak dicederakan tetapi dihantar ke Hospital Besut untuk pemeriksaan perubatan. Kami percaya suspek-suspek tersebut menculiknya untuk dijadikan hamb seks," katanya sambil menambah polis turut merampas kereta penculik itu.

"Suspek ketiga sedang diburu. Kami berharap dapat menangkap suspek dengan segera," katanya.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya menghubungi polis di talian 09-635 4744 atau 09-635 4745.

Artikel Lain