Artis sedih kena potong duit - Semasa | mStar

Artis sedih kena potong duit

Ana Dahlia dan Riz. - Foto THE STAR Oleh SHA'ARI CHE MAT
Ana Dahlia dan Riz. - Foto THE STAR Oleh SHA'ARI CHE MAT

SAYA sebenarnya malas nak menyibuk di tepi kain orang pada bulan Ramadan yang mulia ini. Tapi apabila ada artis mengadu kepada saya sampai angkat-angkat tangan, saya pun tumpang simpati.

Jadi saya mengambil kesempatan mewakili artis cantik manis dan serba bergetah ini untuk menceritakan perangai tak baik majikannya.

Niat saya hanya satu supaya majikannya ini sedar diri apatah lagi pada bulan Ramadan yang menuntut kita supaya melihat diri kita sendiri.

Tapi kalau majikan artis ini jenis manusia yang tak reti bahasa, memang tak boleh buat apa dah ya.

Baru-baru ni saya berjumpa dengan seorang artis wanita ini yang mengadu tidak puas hati dengan cara majikannya menjalankan tugas.

Kata si artis, upah yang dia dapat dalam satu penggambaran drama dan filem kendalian syarikat tersebut telah dipotong tanpa kebenaran dia.

Menurutnya, pemotongan itu dibuat atas alasan si majikan mahu mengadakan majlis berbuka puasa dan duit yang dipotong itu adalah untuk diberikan kepada anak-anak yatim.

Rupa-rupanya bukan duit artis ini seorang sahaja yang dipotong tetapi artis-artis lain yang terlibat dengan projek di bawah syarikat berkenaan turut mengalami masalah yang sama.

Kata artis ini, kalau setakat nak bagi sumbangan kepada anak-anak yatim, tak payahlah potong duit hasil upah dia berlakon. Dia boleh keluarkan daripada duit poketnya sendiri secara ikhlas. Apabila dipotong tanpa kerelaan, ia satu perbuatan yang tidak elok.

Sepatutnya syarikat itu yang nak menganjurkan majlis untuk anak-anak yatim, dialah kena keluarkan duit syarikatnya sendiri jika mahu memberi bantuan. Bukan memotong wang artis. Dah la bayaran yang diberi tu pun “ciput”.

Mendengar cerita itu saya hanya tersenyum sahaja. Biasalah... adat orang berniaga memang macam itu. Saya tak hairan pun dengan majikan artis seperti ini. Filem-filemnya pun kebanyakan tidak membentuk minda masyarakat untuk menjadi individu yang baik.

Filem-filemnya hanya bertujuan untuk meraih keuntungan komersial sahaja. Maka sebab itulah apabila dia menganjurkan apa-apa majlis, dia mempunyai strategi mencari untung dengan menindas orang lain.

Kepada artis yang berada di bawah naungan syarikat ini, apa ditunggu lagi... cabut sajalah ke tempat lain. Apa nak susah...

NIEZAM: Ada produser filem kecil hati kerana asyik kena kritik. Tak tahan kritik tak payah la buat filem...

Ana Dahlia & Chef Riz tak hipokrit

Saya mengucapkan tahniah kepada anak teruna Datuk Chef Wan iaitu Mohd Nadzri,30, yang mengaku telah jatuh cinta dengan pelakon Ana Dahlia,28.

Saya berjumpa mereka semasa rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada Rabu lalu.

Kata Nadzri atau Chef Riz, dia tak mahu berbohong yang dia mencintai Ana yang dikenalinya sejak enam bulan lalu. Riz tak macam sesetengah artis lain yang kalau boleh nak sorok semua benda.

“Saya mengaku saya sedang bercinta. Terus terang saya katakan, perancangan ke arah yang lebih serius memang tengah dibuat. Saya cintakan Ana kerana dia ada ciri-ciri keibuan dan kewanitaan,” kata Riz yang benar-benar serius nak kahwin.

Kepada Riz dan Ana, saya ucapkan tahniah. Tahniah kerana hubungan itu direstui oleh keluarga dan tahniah juga kerana bersikap tidak hipokrit.

NIEZAM: Teringat kejadian terjah artis awal subuh. Huhhh! Artis menipu!

Tak habis-habis meraba!

Kerjaya sebagai pelakon buat kerja di depan kamera cukuplah. Tak payah nak berlakon selagi ada tempat.

Saya memang menyampah dengan pelakon lelaki ni. Dah banyak kali saya tegur tapi masih tak berubah. Kalau kita cakap banyak, dia kata kita ni tahu nak kritik dia tak habis-habis. Kalau tak cakap, mulalah buat perangai buruk.

Baru-baru ini saya menghadiri sebuah majlis hiburan. Pelakon ini pun ada sama. Apabila dia melihat saya, dia terus menjeling. Saya tak hairan pun sebab saya tahu dia pelakon dan juga pelawak yang selalu jeling saya kerana tak tahan kena kritik.

Apabila saya tak layan, dia pun datang kepada saya sambil mengusik kisah-kisah lalu. Saya melayannya dengan baik. Tak mahu nak gaduh-gaduh.

Yang saya tak sedap, perangai lamanya masih tidak berubah iaitu gemar bergurau dengan melakukan perkara tidak senonoh di depan orang ramai. Salah satu kegemarannya ialah suka meraba.

Saya tahu dia bukan gay. Dia pun dah kahwin dan ada anak berderet-deret cuma tabiatnya apabila berjumpa kawan-kawan lelaki, dia akan mencuit “ehem-ehem” orang sambil ketawa. Orang yang tak sedar akan terkejut lalu melompat. Yalah... sensitif.

Saya juga pernah menjadi mangsanya tapi saya tak ambil pusing pun sebab saya sudah lama menganggap dia ni artis “tak betul”.

Cuma saya hendak artis ini tahu, perangai dia tu sememangnya kurang manis apatah lagi dilakukan di khalayak awam. Nak bergurau biarlah kena dengan caranya. Sebab itulah apabila kita bergelar artis kita hendaklah bijak membawa diri. Harap-harap artis ini insaf ya...!

NIEZAM: Tidak lagi percaya kepada artis baru pandai berdusta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.