suria

Keluarga Asyraf Akan Berlepas Selepas Urusan Pasport Selesai

KUALA LUMPUR: Keluarga penuntut Malaysia Mohamed Asyraf Haziq Rossli akan hanya berlepas esok pagi setelah urusan pasport mereka selesai pada Jumaat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata keluarga penuntut Malaysia yang cedera selepas diserang dan dirompak semasa rusuhan di London baru-baru ini akan berlepas ke London pada pukul 10 pagi Sabtu.

Mereka mungkin akan ditempatkan di Malaysia Hall, London dan Kelab Umno di sana akan menguruskan kesemua keperluan mereka sepanjang berada di sana, katanya kepada Bernama di sini, Jumaat. -BERNAMA

Artikel Lain