suria

PM Harap Rakyat Malaysia Di London Berwaspada

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia yang berada di London dan kawasan sekitarnya agar berhati-hati akibat kejadian rusuhan di sana.

Dalam laman Twitternya Rabu, Perdana Menteri turut prihatin apabila diberitahu bahawa seorang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, cedera kerana diserang dan disamun sewaktu rusuhan itu.

Rusuhan bermula di London beberapa hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar termasuk Birmingham, Liverpool, Briston dan Manchester.

Isnin lepas, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan, ketika beliau dan rakannya sedang menunggang basikal untuk pulang berbuka puasa. - BERNAMA

Artikel Lain