SHAH ALAM: Dua lelaki maut apabila sebuah treler berlanggar dengan sebuah lori yang sarat dengan muatan tar (bitumen) di Kilometer 14.6 Lebuhraya Elite berhampiran kawasan Bandar Saujana Putra.Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi Khamis, pemandu treler berkenaan Ramdan Abdul Rahman, 30, mati di tempat kejadian manakala kelindannya Mohd Izwan Shak'udin, 25, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya akibat cedera parah. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Zulkifli Jonit ketika dihubungi Bernama berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu treler itu gagal mengawal kenderaannya sebelum melanggar sebuah jentera penurap jalan dan seterusnya merempuh lori yang sarat dengan muatan tar itu.Zulkifli berkata pengendali jentera penurap itu, Mohd Marzuki Mustapha, 26, mengalami cedera parah dan kini dirawat di Hospital Putrajaya. - BERNAMA