suria

Perjanjian Baru MAS-AirAsia: Tiada Perubahan Operasi - Tony

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, tiada perubahan dalam rancangan masa depan syarikat itu untuk menambah bilangan pesawat dan destinasinya walaupun memeterai Rangka Kerja Kerjasama Menyeluruh dengan Malaysia Airline System Bhd (MAS) dan AirAsia X Sdn Bhd.

Pemeteraian rangka kerja itu tidak akan mengubah identiti AirAsia kerana ia bertujuan memberikan tumpuan kepada kecekapan teras setiap syarikat penerbangan itu, katanya kepada pemberita selepas upacara pemeteraian itu di sini pada Selasa.

Beliau berkata, rangka kerja itu juga diadakan tepat pada masanya memandangkan persaingan yang semakin sengit dalam industri penerbangan di seluruh dunia.

"Dengan meraih faedah daripada rangka kerja ini, kami juga boleh bersaing dengan peserta-peserta besar dalam dunia penerbangan terutama dengan syarikat-syarikat dari Timur Tengah," tegasnya.

Mengulas tentang isu kemungkinan berlaku monopoli, Fernandes berkata ini tidak akan berlaku kerana tumpuan adalah lebih kepada memanfaatkan tenaga ke arah yang positif dari segi memberikan faedah kepada industri seperti menggalakkan pelancongan dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.

Artikel Lain