Kes Pembunuhan Warga Perancis: Polis Tunggu Pengesahan DNA - Semasa | mStar

Kes Pembunuhan Warga Perancis: Polis Tunggu Pengesahan DNA

KUANTAN: Polis percaya penemuan rangka manusia di Kampung Tekek, Pulau Tioman pada Isnin lepas adalah warga Perancis yang dilaporkan hilang sejak Mei lepas, kata Ketua Polis Pahang Datuk Saifuddin Ab Ghani.

Bagi mengesahkannya, beliau berkata polis telah meminta ujian asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga Stefanie Foray di Perancis untuk dipadankan dengan penemuan mayat berkenaan.

"Pada 8 Ogos lepas unit polis yang diketuai SAC T.Narenasagaran, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang bersama Dr Sri Marni Zainal Abidin daripada Jabatan Pathologist HTAA pergi ke lokasi mayat mangsa ditanam.

"Polis telah menjumpai satu rangka manusia "mummified" (dibungkus seperti mumia) dipercayai mayat Stefanie Foray berserta sebuah beg haversack dipercayai milik mangsa," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Katanya, mangsa dijumpai ditanam kira-kira tiga meter di dalam gua di kawasan Kampung Tekek, Pulau Tioman.

Sebelum ini, media melaporkan kehilangan seorang wanita warganegara Perancis Stefanie Foray, 30, yang berasal dari Bourg En Bresse sejak 8 Mei lepas.

Saifuddin berkata, maklumat yang diterima oleh polis Melaka, mangsa pernah menginap di Sayang Sayang Guest House, Melaka mulai 7 hingga 9 Mei.

Hasil pemeriksaan lanjut, katanya mangsa dilaporkan pergi ke Pulau Tioman menaiki feri dari Mersing melalui Blue Water Express pada 10 Mei tetapi tiada pendaftaran keluar dibuat selepas itu.

Saifuddin berkata, hasil siasatan lanjut, polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang bekerja menyewa peralatan menyelam di Kampung Tekek, Pulau Tioman untuk membantu siasatan.

Katanya, hasil siasatan suspek telah mendedahkan maklumat bahawa mangsa telah ditanam di sebuah gua di Kampung Tekek.

Beliau menambah, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sejumlah mata wang Sri Lanka daripada suspek manakala satu kad "Carte Dassurance Maladie" di atas nama mangsa, satu kad Visa, tiga rantai perak, dua gelang tangan warna kuning dan sebentuk cincin perak dalam rumah suspek.

Saifuddin juga berkata, polis turut menahan seorang lagi suspek berusia 44 tahun bagi membantu siasatan dan kedua-duanya ditahan reman di Melaka.

Selain itu, polis turut menjumpai bantal, tilam, beg haversack jenama X-Zone di tempat mayat dijumpai.

Setakat ini, katanya motif pembunuhan dan sebab kematian masih disiasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain