suria

Kakitangan Kerajaan Selangor Dapat Bonus

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengikut jejak langkah Kerajaan Pusat apabila mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada semua kakitangannya sempena hari raya Aidilfitri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bonus tersebut diberikan supaya tidak ada diskriminasi terhadap kakitangan kerajaan negeri dan kewangan Selangor mengizinkan pemberian tersebut.

"Sebelum ini kita telah umumkan mahu beri pemberian bonus sebanyak RM500 kepada semua kakitangan kerajaan negeri.

"Tetapi selepas kerajaan pusat umumkan pemberian bonus setengah bulan gaji maka kita ikut kriteria tersebut. Kita tidak mahu ada diskriminasi dan kerajaan negeri mampu dari segi kewangan," katanya.

Isnin lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, mengumumkan bonus setengah bulan kepada penjawat awam dengan bayaran minimum sebanyak RM500 yang akan dibayar pada pertengahan bulan ini.

Beliau mengumumkan pemberian bayaran khas kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan, dibayar pada tarikh sama.

Artikel Lain