LPK Keluar Surat Pembelian Sebelum Surat Rasmi Jemaah Menteri Dikeluarkan - Semasa | mStar

LPK Keluar Surat Pembelian Sebelum Surat Rasmi Jemaah Menteri Dikeluarkan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa diberitahu bahawa Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membuat urusan pembelian tanah di Pulau Indah sebelum surat rasmi keputusan Jemaah Menteri dikeluarkan.

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan, Kementerian Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Mohd Noor, 61, memberitahu mahkamah bahawa surat rasmi dikeluarkan pada 20 Nov 2002 iaitu 14 hari selepas Jemaah Menteri membuat keputusan manakala LPK membuat surat urusan pembelian pada 6 Nov 2002.

Katanya surat kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) itu dikeluarkan pada hari yang sama dengan mesyuarat Jemaah Menteri iaitu pada 6 Nov 2002 dan KDSB membalasnya sehari selepas itu (7 Nov 2002).

Abdul Rahman berkata kebiasaannya surat rasmi mengenai keputusan Jemaah Menteri akan dikeluarkan seminggu selepas mesyuarat dan bukannya pada hari yang sama.

Beliau yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah dalam perbicaraan kes bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik berkata surat rasmi tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Bahagian Maritim Kementerian Pengangkutan Zakaria Bahari.

Surat itu menyatakan keputusan Jemaah Menteri yang mengekalkan keputusan pada 2 Okt 2002 yang bersetuju perolehan tanah dibuat mengikut terma-terma yang dipersetujui antara KDSB dengan LPK, antaranya harga tanah bernilai RM25 sekaki persegi.

Katanya sebelum surat rasmi dikeluarkan, dokumen perjanjian jual beli tanah seluas 1,000 ekar (404.6 hektar) di Pulau Indah juga telah ditandatangani, antara LPK dan KDSB pada 12 Nov 2002.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Dr Ling, Abdul Rahman berkata penyediaan dua dokumen bertajuk 'nota pengambilan balik Pulau Indah untuk projek mega distribution hub oleh LPK' (disediakan untuk Jemaah Menteri) tidak melibatkan Dr Ling.

Beliau berkata Dr Ling juga tidak meminda pada draf nota tersebut serta ia tidak diserah kepada Dr Ling untuk dibuat ulasan. Ketika ditanya Wong adakah beliau bertanggungjawap memberitahu Dr Ling sekiranya terdapat percanggahan di dalam dua dokumen tersebut, Abdul Rahman berkata: "Ya."

Abdul Rahman turut memberitahu bahawa keputusan yang dibuat Jemaah Menteri adalah tidak bertentangan dengan dua dokumen tersebut.

Ditanya berhubung tujuan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Abdul Rahman berkata ia dirancang untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pelabuhan utama di negara ini dengan menjadikan Jabel Ali Free Zone di Dubai sebagai model.

Dr Ling dituduh menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga menghadapi dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Bekas Presiden MCA itu didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 Sept dan 6 Nov 2002. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain