suria

JPJ Kelantan Periksa Bas Ekspres Di Depot Menjelang Raya

KOTA BARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan memeriksan keadaan bas ekspres dan bas tambahan di depot masing-masing bagi memastikan kenderaan itu dalam keadaan baik demi keselamatan penumpang khususnya pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah JPJ Kelantan Abdul Ghani Che Kassim berkata pegawai-pegawai JPJ akan memeriksa sama ada tayar, enjin dan brek untuk menentukan ianya berada dalam keadaan baik.

"Kita telah mengenal pasti lima depot bas ekspres utama untuk dijalankan pemeriksaan keselamatan itu seminggu sebelum dan selepas hari raya nanti," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Depot itu ialah kepunyaan syarikat utama di Kelantan iaitu Mutiara Ekspres, Transnasional, Mahligai, Perdana dan Budaya Ekspres.

Abdul Ghani berkata JPJ Kelantan juga akan bekerjsama dengan dengan agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat; Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bagi menyelaras tugas yang dijalankan mengikut bidang kuasa masing-masing sepanjang Ops Raya tidak lama lagi. - BERNAMA

Artikel Lain