suria

PAS Pusat Bincang Isu JAIS Serbu Gereja

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (CWC) akan membincangkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu, pada mesyuaratnya Ahad.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Ali berkata pada mesyuarat CWC itu, PAS Selangor akan membentangkan laporan berhubung isu itu serta mendapatkan penjelasan dari exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang juga anggota CWC.

"Kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga mendapat penjelasan daripada PAS Selangor," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Mesyuarat itu akan diadakan di ibu pejabat PAS di sini pada pukul 10 pagi.

Dr Hasan, exco hal ehwal Islam negeri, bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS menyerbu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) selepas mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam pada majlis itu.

Artikel Lain